Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei – Sempena bulan Ramadan ini, Restoran Horizons Seafood menawarkan lebih 80 hidangan daripada hidangan utama hinggalah pencuci mulut untuk bufet sungkai yang bermula hari ini.
Bufet Sungkai Horizons kali ini menampilkan tema ‘Dapur Brunei’ dengan mengetengahkan lebih banyak makanan Brunei, antaranya ambuyat, soto, kambing salai dan banyak lagi.
Selain menghidangkan masakan Brunei, beberapa hidangan Asia dan Barat juga diselitkan untuk memberi ruang dan memberi banyak pilihan kepada pelanggan.
Untuk bufet sungkai ini, Horizons turut menyediakan kopi Arab yang mana ia sesuai dinikmati bersama dengan buah kurma sementara itu, menu tetap setiap hari yang boleh dinikmati sepanjang promosi sungkai bufet di Horizons ini seperti ambuyat, kambing salai, soto dan juga nasi ayam.
Bukan saja berpeluang berbuka puasa dengan hidangan istimewa di restoran berkenaan, malah mendengarkan ceramah seorang ustaz iaitu Yussof Majid yang berlangsung selama 45 minit sebelum sungkai, sehingga hari keempat Ramadan.
Pelanggan yang mempunyai kad kredit atau debit Baiduri berpeluang mendapatkan potongan harga sebanyak 15 peratus manakala bagi pelanggan yang mempunyai kad RBC Dining Privilege pula akan berpeluang mendapatkan potongan 10 peratus.