Tawaran alat ganti bagi kereta klasik Jaguar, Land Rover

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Indera Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal bagi kenderaan Jaguar Land Rover di Brunei, kini menawarkan diskaun sehingga 70 peratus ke atas alat-alat ganti terpilih dengan jaminan selama 12 bulan kepada para pemilik kenderaan klasik tertentu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Indera Motors, para pemilik boleh mempertahankan ketulenan klasik kenderaan mereka sementara mengekalkan prestasi terkenal Jaguar Land Rover.

Kenderaan-kenderaan Jaguar terpilih termasuk Daimler Limousine 1968 – 1992, E-Type 1961 – 1975, Series III Saloon 1979 – 1992, S-Type 1999 – 2008, XF 2009 – 2015, XJ 1995 – 2009, SJ6 & XJ12 1987 – 1994, XJS Sports Coupe/Convertible 1975 – 1996, XK 2006 – 2014, XK8 Coupe/Convertible 1997 – 2006 dan X-TYPE 2001 – 2010.

Manakala itu, kereta Land Rover terpilih pula termasuk Defender 1987 – 2006, Discovery 1 – 5, Freelander 1996 – 2014, Range Rover Sport 2005 – 2013 dan Range Rover Evoque 2012.

Kempen Alat Ganti bagi Kereta Klasik itu akan berjalan sehingga penghujung bulan ini dan tertakluk kepada ketersediaan stok.

Para pelanggan boleh menghubungi Pusat Servis Indera Motors atau mengunjungi bilik pameran baharu mereka di Taman Perindustrian Beribi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran berkenaan.

Jaguar E-Type adalah salah satu model kereta klasik yang layak bagi kempen alat ganti tersebut. – Gambar serahan Indera Motors