Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Tawaran eksklusif bersama pandu uji MINI

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan jenama MINI di Brunei, mengadakan acara pandu uji yang dibukakan kepada orang ramai selama tiga hari bermula pada hari ini di Bilik Pameran MINI, QAF Centre, Beribi.

    Semasa acara itu, para pelanggan berpeluang menguji pandu pelbagai model terbaharu MINI iaitu MINI One 3-Door, MINI Cooper S 5-Door, dan MINI Countryman.

    Selain itu, para pelanggan yang berminat juga diberikan tawaran eksklusif antaranya kadar faedah istimewa, ansuran tiga bulan percuma, pakej servis sehingga lima tahun, jaminan lanjutan sehingga lima tahun serta cabutan angpau bertuah sehingga $888.

    Pelanggan juga boleh bertukar beli kereta mereka dengan MINI baharu hanya dengan menghantar maklumat kenderaan mereka untuk mendapatkan penilaian harga.

    Di Bilik Pameran MINI, para pelanggan juga dapat menyaksikan lebih dekat pelbagai jenis model MINI iaitu, MINI 3-Door, MINI 5-Door, MINI Clubman, MINI Countryman, dan MINI Anniversary Edition.

    Para pelanggan yang berminat untuk menguji pandu mana-mana model MINI yang ada, bolehlah membuat tempatan slot uji pandu. Namun uji pandu secara ‘walk-in’ juga adalah diterima.

    Mana-mana pandu uji yang dijalan-kan, para pelanggan akan menerima hadiah daripada QAF Auto Sdn Bhd.

    Para pelanggan juga diingatkan untuk mematuhi garis panduan SOP COVID-19 ketika memasuki bilik pameran mereka.

    Model MINI Cooper 5 John Cooper Works 74th Edition.
    Kakitangan MINI Brunei bergambar dengan salah sebuah model MINI Cooper 74th Edition dan hadiah yang bakal dibawa pulang oleh pelanggan yang menguji pandu mana-mana model MINI.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...