Tawaran hebat akhir tahun nissan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Bersempena dengan promosi hujung tahun Nissan 2020 Paradise Getaways yang bermula sejak 18 November hingga 31 Disember ini, Nissan Elgrand yang kontemporari, mewah dan berorientasikan keluarga sedang mempromosi tawaran terhebat kepada para pelanggan.

Kenderaan yang mempunyai tujuh tempat duduk penumpang yang pelbagai fungsi dan enjin 3.5 liter dengan transmisi Xtronic CVTC-M6 itu sangat sesuai bagi keluarga yang besar.

Luaran dan dalaman Nissan Elgrand memberikan kehadiran yang sangat mewah dan menawarkan hospitaliti dan keselesaan bagi pemandu dan penumpang dengan sistem hiburan depan yang termasuk monitor LCD tujuh inci dengan pemain DVD Single, dan sistem hiburan belakang yang termasuk monitor LCD 11 inci, pemain DVD, kawalan audio belakang dan VTR Jack serta dua set wireless headphones, agar kanak-kanak dapat menonton rancangan mereka di belakang dengan selesa.

Bahagian luar Elgrand pula dilengkapi dengan lampu LED dengan Sistem Pencahayaan Hadapan Adaptif dan kemasan krom yang meningkatkan rasa mewah, dan dengan roda jarak jauh 3,000mm, ia memberikan lebih keselesaan dan kestabilan ketika bergerak, bersama-sama dengan roda aloi 18 inci.

Dalamannya juga dilengkapi dengan kulit hitam dengan tempat duduk kapten di barisan pertama dan kedua yang juga dilengkapi dengan pelarasan Power Seat Adjustment dan fungsi pemanas, manakala kerusi barisan ketiga datang dengan fungsi slaid untuk ruang bagasi yang diperluaskan.

Utiliti Nissan Elgrand yang berfungsi yang lain termasuk tabir manual yang tersedia untuk privasi tambahan, mod ECO yang mengoptimumkan percepatan dan perubahan kelajuan untuk membantu meningkatkan kecekapan bahan bakar, pintu sliding one motion dan satu sentuhan pembukaan bonet belakang, sunroof depan dan belakang.

Sehubungan dengan promosi tersebut, pelanggan berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada 10 orang pemenang bertuah untuk memenangi satu tiket penerbangan ke salah satu destinasi impian termasuk New York, Paris, Dubai, Melbourne, Tokyo, Beijing, Bangkok, Jakarta dan Kuala Lumpur, dan penerbangan tersebut bolehlah dipilih tarikhnya mengikut pilihan masing-masing di tahun 2020.

Nissan Elgrand yang kontemporari, mewah dan berorientasikan keluarga.
Dalaman kenderaan berkenaan turut dilengkapi dengan kulit hitam.