Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Tawaran hebat sempena kempen promosi Intracorp

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Dalam usaha memberi peluang kepada orang ramai di negara ini untuk mendapatkan barangan elektronik dan perabot rumah dengan harga yang menarik, Intracorp (B) Sdn Bhd menganjurkan kempen promosi Intracorp X Novena GO.BIG.GO. HOME, yang telah bermula pada pertengahan bulan hingga lewat Disember depan.

    Pengurus Pemasaran Intracorp, Lolita Carman Bito ketika ditemui di Bilik Pameran Megastore Eletrical & Furniture, hari ini, menjelaskan bahawa sepanjang promosi itu banyak tawaran diberikan kepada pengguna.

    Pengguna bukan saja berpeluang menikmati potongan harga yang menarik malah mereka juga berpeluang menyertai cabutan bertuah dan Lucky Dip.

    “Dengan pelancaran kempen ini, ia diharap akan dapat memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan barangan yang dihajati dengan harga yang menarik dan secara tidak langsung dapat memberi sokongan kepada peniaga tempatan untuk berbelanja di dalam negara,” ujarnya.

    Beliau seterusnya menambah, kempen berkenaan akan memberi manfaat kepada pengguna di mana jenama seperti Samsung, Beko, Elektrolux, Philips, Mistral, Mayer, Kitchenaid dan Akira akan terlibat dalam kempen itu.

    Antara produk ditawarkan sempena kempen promosi Intracorp. – Gambar Muiz Matdani

    Di samping itu, kempen juga memperkenalkan jenama perabot dan tilam Novena serta beberapa set sofa, set bilik tidur hinggalah ke beberapa set perabot yang berkualiti.

    Mengulas mengenai cabutan bertuah, beliau berkata Intracorp menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak $25,000 di mana 14 pelanggan akan dipilih dan hadiah utama adalah baucar perabot Novena bernilai $5,000.

    Sementara itu, untuk Lucky Dip pula, hadiah keseluruhan dianggarkan bernilai $50,000 dan antara hadiah yang diberikan seperti televisyen jenama Samsung, Philips Soundbar dan banyak lagi termasuk baucar.

    Untuk promosi kempen kali ini, jelasnya lagi, Intracorp bekerjasama dengan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) untuk memberi keselesaan dan memudahkan kepada pemegang kad BIBD.

    Di samping itu, pertandingan Guess the Winner di media sosial sempena kedatangan Piala Dunia pula akan bermula pada November 2022.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...