Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Tawaran hebat sempena pameran pelancongan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN 27 OKT – Bank Baiduri akan menawarkan pelbagai tawaran menarik kepada para pelanggan mereka pada Pameran Pelancongan Brunei yang bakal diadakan pada hujung minggu ini di Pusat Membeli-belah OneCity, Sungai Hanching.

    Menurut Ketua Perbankan Runcit di Bank Baiduri, Lim Kian Chiong, pihak bank berasa bangga menjadi bank rasmi sekali lagi untuk pameran pada tahun ini.

    Perkongsian Bank Baiduri dengan Sabre Travel Network telah terjalin selama lebih 15 tahun dan pihak bank begitu teruja untuk menawarkan pemegang kad mereka dengan pelbagai peluang untuk memenangi hadiah dan menjimatkan pembelian bagi perjalanan mereka.

    “Walaupun pameran ini menyediakan platform untuk pengembara yang berminat untuk membeli daripada pelbagai tawaran pelancongan, Bank Baiduri turut bekerjasama dengan Penerbangan Diraja Brunei (RB) dan penganjur, Sabre Travel Network, untuk melengkapkan lagi tawaran dan promosi sedia ada,” tambahnya.

    Sehubungan itu, tawaran tambahan semasa pameran nanti termasuklah cabutan bertuah di mana sebarang pembelian yang dibuat menggunakan kad Bank Baiduri akan melayakkan pemegang kad mendapat tiga peluang dalam cabutan utama Sabre serta peluang memenangi set hadiah dalam cabutan bertuah harian RB dan cabutan bertuah utama.

    Dalam pada itu, pemegang kad Baiduri juga berpeluang menikmati ganjaran hebat yang ditawarkan pada pameran nanti.

    Selain itu, bagi pengunjung pameran yang memohon kad kredit Visa dan kad debit Bank Baiduri dan RB akan menikmati pengecualian yuran tahunan serta menerima rebat apabila menggunakan kad berkenaan.

    Untuk maklumat lanjut, para pelanggan boleh mengunjungi petak Bank Baiduri dan berhubung dengan wakil bank, menghubungi talian bantuan pelanggan atau mengikuti akaun media sosial rasmi bank.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...