Tawaran hebat sempena ulang tahun jubli perak QAF Auto

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 NOV – QAF Auto Sdn Bhd, pengimport dan pengedar tunggal kenderaan BMW di Brunei, hari ini meraikan ulang tahun jubli perak dengan pelbagai tawaran luar biasa sehingga penghujung Disember depan.

Dalam meraikan kejayaan luar biasa itu, QAF Auto menawarkan harga hebat bagi barisan model terpilih.

Antara model terpilih yang ditawarkan termasuk BMW 1 Series hatchback premium, eksekutif BMW 2 Series Gran Coupe dan sedan sport BMW 3 Series.

Satu lagi tawaran ialah bagi BMW 520i dengan 15 peratus penjimatan termasuk insurans tahun pertama percuma, lima tahun BMW Service Inclusive, lima tahun BMW Extended Warranty dan tiga tahun BMW Roadside Assistance percuma termasuk Sabah dan Sarawak.

Pelanggan sedia ada juga boleh menikmati perkhidmatan nilai BMW bagi model terpilih secara eksklusif di QAF Auto, Pusat Servis BMW yang sah.