Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    Tawaran istimewa Sambutan Hari Acer

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Concepts Computer, salah sebuah penjual barangan IT terbesar di Brunei dan juga rakan runcit Acer paling lama di Brunei akan memberikan tawaran istimewa bagi komputer riba Acer kepada pelanggan-pelanggan setia mereka serta menawarkan hadiah percuma tambahan dengan pembelian produk-produk Acer sempena Sambutan Hari Acer bermula esok hingga penghujung September.

    Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao menerangkan kepada pihak media bahawa Concepts Computer telah bekerjasama dengan Acer selama 22 tahun dan oleh itu, adalah amat sesuai bagi Concepts untuk terus bekerjasama dengan Acer bagi mengambil bahagian dalam Hari Acer untuk tahun kelima berturut-turut.

    Sementara itu, Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Zul Abdul Rahman menyatakan tawaran-tawaran meliputi pelbagai model komputer riba Acer termasuk Acer Aspire 5s, Acer Swift, komputer permainan Acer Predator dan komputer riba terbaharu iaitu Acer Vero.

    Selain itu, pelbagai hadiah percuma juga disediakan kepada para pelanggan termasuk pelitup muka Predator dan tetikus tanpa wayar Acer.

    Vincent Pao (tiga kiri), Pengawal Kewangan Concepts Computer, Alice Chan (dua kiri), Zul Abdul Rahman (kiri) dan Pengurus Cawangan Acer Sales & Services Sdn Bhd, Richard Soo (tiga kanan) mempamerkan barisan komputer riba Acer yang ditawarkan di Concepts Computer.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    7 mangsa pesawat Osprey belum ditemui

    TOKYO, 1 DIS – Pihak pengawal pantai Jepun hari ini menyusuri dasar laut untuk mencari serpihan pesawat tentera Osprey Amerika Syarikat (AS) yang terhempas...