Tawaran penutup mulut dan hidung sebagai sokongan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JUN – Dengan negara dalam proses de-escalation dan pembukaan semula sesi persekolahan, SMB Food Manufacturing Sdn Bhd memahami akan pentingnya topeng muka kepada orang ramai.

Sehubungan itu, selaku pengimport dan pengedar sah penutup mulut dan hidung perubatan Kadibutch, syarikat berkenaan memberikan tawaran beli satu percuma satu untuk penutup mulut dan hidung perubatan mereka. Tawaran terhad kepada 2,000 kotak sahaja dengan setiap kotak mempunyai 50 keping.

Penutup mulut dan hidung Kadibutch mempunyai tiga lapisan, dengan lapisan meltblown di tengah dan kain bukan tenunan sebagai penapis teras yang mempunyai kadar penapisan sekurang-kurangnya 95 peratus.

Tawaran tersebut juga merupakan tanda penghargaan kepada pelanggan atas sokongan penuh mereka terhadap penutup mulut dan hidung berkenaan.