Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Tayangan awal sekuel Abang Long Fadil kutip RM1.2 juta

    Filem aksi komedi Abang Long Fadil 3 arahan Syafiq Yusof berjaya meraih kutipan ‘sneak preview’ semalam sebanyak RM1.2 juta.

    Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw terbabit yang akan ditayangkan secara rasmi di pawagam seluruh negara bermula 8 September turut menerima reaksi luar biasa.

    Kebanyakan komen penonton menyifatkan filem itu antara karya komedi terbaik. Unsur lawak yang disuntik sangat mengagumkan selain lakonan pelakonnya cemerlang.

    Abang Long Fadil 3 adalah idea asal Syafiq Yusof sendiri. Terdahulu, Syafiq turut menghasilkan Abang Long Fadil 1 dan 2 serta mencipta fenomena tersendiri apabila sekuel kedua menjadi filem tempatan pertama raih kutipan pecah panggung melebihi RM18 juta.

    Uniknya dalam ketiga-tiga sekuel Abang Long Fadil, penonton dapat melihat transisi tema berbeza termasuk dunia gangster, dunia mafia, dan perisikan.

    Siri jelajah filem itu turut diadakan pada 10, 11 September di Johor dan Melaka manakala 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

    Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi.

    Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu. – Agensi

    Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Zizan Razak yang memegang watak sebagai Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...