Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Tayangan Batgirl dibatalkan

    Produksi Warner Bros mengejutkan suasana industri perfileman dunia apabila mengumumkan filem terkini milik mereka, Batgirl tidak akan ditayangkan.

    Batgirl yang menampilkan Leslie Grace sebagai pembawa wataknya bukan sahaja tidak akan ditayangkan di layar lebar, tetapi juga di saluran HBO Max. Ironi, filem yang diadaptasi dari komik itu telah selesai menjalani penggambaran dan sudah melalui pasca produksi.

    Memberi reaksi terhadap keputusan yang dibuat Warner Bros, Grace tetap bersyukur kerana telah menjadi sebahagian daripada sejarah penting Batgirl.

    Menerusi Instagramnya, dia menulis: “Batgirl, saya sangat bangga denga cinta, kerja keras, komitmen semua pelakon dan sikap tidak lelah seluruh kru sepanjang kita menjalani penggambaran selama 7 bulan di Scotland.

    “Saya rasa bertuah dan tidak akan melupakan keseluruhan proses pembikinan karya hebat dan ‘keluarga’ ini,” tulisnya panjang lebar. Grace kemudian meninggalkan ucapan terima kasih kepada para peminat Batgirl.

    “Kepada semua peminat Batgirl, terima kasih untuk cinta dan kepercayaan kalian. Izinkan saya mengatakan ini ‘saya adalah hero kepada diri sendiri. Batgirl for life!” tulisnya.

    Variety melaporkan pembatalan penayangan filem yang menelan belanja sekitar AS$90 juta (RM400 juta) itu bukan kerana kualiti yang tidak memuaskan.

    Batgirl diarahkan oleh Adil El Arbi dan Bilall Fallah yang sebelumnya melahirkan rasa sedih dan terkejut dengan keputusan yang diambil oleh pihak Warner Bros. – Agensi

    Batgirl yang menampilkan Leslie Grace sebagai pembawa wataknya bukan sahaja tidak akan ditayangkan di layar lebar, tetapi juga di saluran HBO Max. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...