Tayangan perdana MIB buat pemilik Lexus

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Seramai 114 pemilik kereta Lexus telah dijemput untuk bersama-sama menonton tayangan perdana Men In Black (MIB) International di The Empire Hotel Times Cineplex, Jerudong, malam hari ini.

Hadir bersama-sama mereka menonton di panggung wayang ialah Pengarah Urusan NBT, Haji Ahmad Omar bin Haji Husin. Jemputan menonton wayang berkenaan juga dihasratkan dapat membina hubungan erat antara warga Lexus Brunei dan para pelanggannya.

Pada majlis tayangan itu, warga Lexus Brunei dan NBT serta para pelanggan mereka memakai pakaian Men In Black Agent sebagai tema bersempena dengan filem yang ditonton tersebut.

Pengarah urusan NBT bersama para pelanggan Lexus berpakaian sut hitam bagi memeriahkan tayangan perdana Men In Black International.
Men In Black International menemui para pemilik Lexus di The Empire Hotel Times Cineplex, Jerudong.