Taylor Lautner umum sudah bertunang

Pelakon Hollywood Taylor Lautner mengumumkan telah bertunang dengan wanita pilihannya, Tay Dome pada Khamis lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Taylor berkata segala apa yang dia inginkan telah dilaksanakan.

“Tarikh 11.11.2021, semua keinginan yang saya hajatkan telah menjadi kenyataan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Pelakon Twilight ini melamar tunangnya dalam keadaan romantik melutut sambil menunjukkan cincin pertunangan. Taylor melamar tunangnya itu dengan berlian potongan bujur yang direka khas dari Ring Concierge.

Terdahulu, sebelum bercinta dengan tunangnya ini, Taylor pernah menjalin hubungan dengan selebriti popular seperti Maika Monroe, Taylor Swift, Lily Collins dan Selena Gomez. – Agensi

Taylor Lautner mengumumkan telah bertunang dengan wanita pilihannya Tay Dome pada Khamis lalu. – Agensi