Jika sebelum ini kursus Taylor Swift ditawarkan di Clive Davis Institute of Recorded Music di New York University, kini dia akan menerima penghormatan sebagai penerima ijazah kehormat doktor falsafah dari universiti berkenaan.
Penyanyi popular itu akan menerima ijazah kedoktoran dalam bidang seni halus pada majlis konvokesyen graduan tahun 2022 yang dijangka mengambil tempat pada 18 Mei.
Selebriti terkenal berusia 32 tahun itu dijangka akan memberikan ucapan dalam majlis graduasi tersebut. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh pihak pengurusan universiti tersebut dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan. – Agensi
