Dipetik dari Allkpop, Blackpink dikhabarkan sedang bekerjasama dengan penyanyi pop terkenal, Taylor Swift menerusi PROJEK 4+1 yang bakal raikan ulang tahun ke-5 kumpulan tersebut. Rata-rata peminat di media sosial terutamanya Twitter berkata khabar angin berkemungkinan betul sejak melihat koreografer kumpulan K-Pop itu mula mengikuti akaun Instagram Taylor.
Malah ada peminat yang mengatakan hal sebegini sudah berlaku sebelum ini. Apabila mereka melihat koreografer tersebut mengikuti akaun Instagram Selena ketika mereka berkerjasama untuk lagu Ice Cream.
Di Twitter, peminat Blackpink iaitu BLINKS rata-ratanya menunjukkan perasaan teruja dan tidak sabar akan berita rasmi daripada YG Entertainment. Malah ada juga berharap khabar angin tersebut adalah betul.
“Menurut sumber kolaborasi ini tidak disahkan lagi tetapi beberapa penerbitan seperti Billboard sudah berikan petunjuk mengenainya.” – Agensi


































