Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taylor Swift kembali hadiri BBMA

    DUA tahun menghilang penyanyi sensasi Taylor Swift membuat penampilan istimewa di acara karpet merah Anugerah Billboard Muzik 2018 (BBMAs2018) baru-baru ini .

    Taylor, 28, itu turut mencuri perhatian apabila tampil cantik dalam busana gaun mewah rekaan Atelier Versace.

    Aksi kekasih Joe Alwyn dengan berkeyakinan memperlihatkan kaki panjangnya disebalik gaun berwarna rose merah jambu itu.

    Busana dilengkapi dengan flora itu menyerlahkan sisi anggun Taylor. Penampilannya benar-benar sempurna ditambah gaya rambut dan solekan yang glam.

    Wanita ini membawa pulang dua trofi pada majlis tersebut iaitu Artis Wanita Paling Popular dan Album Paling Laris Penjualannya.

    Taylor Swift kembali menghadiri Anugerah Billboard Muzik 2018 (BBMAs2018) dengan menggayakan gaun mewah rekaan Atelier Versace.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda