Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Tazkirah mengenai Rasulullah SAW serikan Malam Munajat KHEU

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Tazkirah bertajuk ‘Rasulullah SAW Seorang Insan yang Pemurah’ telah memeriahkan Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) bagi siri ke-58, malam tadi.

    Antara yang menyertai acara berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Acara kerohanian tersebut terus mendapat sambutan baik daripada orang ramai dengan penyertaan para pegawai dan kakitangan KHEU serta jemaah dari 88 buah masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara.

    Tazkirah telah disampaikan oleh Pegawai Ugama i-Ready, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Awang Muhamad Waqiyuddin Fakhri bin Haji Damit.

    Malam Munajat terus mengajak orang ramai melipatgandakan amalan seharian dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar, semata-mata untuk memohon keampunan, perlindungan, rahmat dan keredaan Allah SWT.

    Orang ramai dipelawa untuk menyertai Malam Munajat dari mana jua berada pada setiap Sabtu (malam Ahad) dengan melayari pautan http://tiny.cc/munajatkheu atau melalui Instagram PDI, @pdi_kheu.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama bersama kakitangan KHEU dan jemaah pada acara yang diadakan baru-baru ini. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...