Tuesday, January 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tazkirah raih kelebihan Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) meneruskan lagi Program Tazkirah Ramadan Mubarak bersama KUPU SB yang diadakan secara dalam talian, kelmarin.

    Tazkirah bagi episod ke-9 berkenaan mengetengahkan tajuk ‘Akibat Mencemarkan Kemuliaan Bulan Ramadan’ yang disampaikan oleh Dekan Fakulti Syariah KUPU SB, Dr Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.

    Dalam tazkirah itu, beliau berkata bahawa Allah telah menjanjikan pelbagai kelebihan di sepanjang bulan Ramadan, di mana bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan rahmat.

    Menurut beliau, orang-orang yang beriman setentunya tidak mahu melepaskan peluang dan meraih kelebihan dan keutamaan di sepanjang bulan Ramadan kerana ini adalah peluang untuk mendekati diri kepada Allah SWT.

    Dr Haji Noralizam semasa menyampaikan tazkirah secara dalam talian,baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda