Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    TBC: Rakyat China tetap pulang

    BEIJING, 28 JAN – Rakyat China sedang membuat perjalanan ke kampung halaman mereka untuk menyambut Tahun Baharu Cina (TBC), percutian keluarga terbesar negara itu, di sebalik rayuan kerajaan untuk mereka kekal di tempat mereka ketika Beijing cuba mengekang penularan virus.

    Cuti, bermula kelmarin, lazimnya akan menyaksikan pergerakan tahunan terbesar manusia ketika ratusan juta orang yang bekerja di bandar-bandar, pulang mengunjungi ibu bapa dan ada kalanya suami isteri dan anak-anak yang ditinggalkan atau mengembara keluar negara.

    Sekitar 260 juta orang membuat perjalanan dalam masa 10 hari sejak bermulanya kepulangan cuti pada 17 Januari lalu, berkurangan berbanding sebelum pandemik namun meningkat 46 peratus berbanding tahun lalu, menurut anggaran data rasmi. Kerajaan meramalkan sejumlah 1.3 bilion perjalanan akan dibuat semasa musim percutian ini, naik 36 peratus berbanding setahun lalu.–AP

    Rakyat China yang membuat perjalanan menunggu kereta api di sebuah stesen di Guangzhou, selatan wilayah Guandong, China, 28 Januari. Rakyat China tetap membuat perjalanan pulang ke kampung halaman bagi meraikan TBC meskipun larangan kerajaan. –AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...