TBK pindah ke pejabat baharu

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd (TBK) secara rasmi memulakan operasinya di ibu pejabat baharu di Tingkat 1 Bangunan Dar Takaful IBB Utama, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, para pelanggan boleh terus pergi ke ibu pejabat baharu berkenaan bagi sebarang perjanjian atau urusan, menurut kenyataan yang dikeluarkan TBK.

Dengan TBK terus berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan, pembaharuan dan penyertaan bagi produk-produk TBK juga boleh dibuat menerusi Pusat Panggilan TBK 2231100, WhatsApp 7371100 atau menerusi aplikasi Takaful Brunei.

Ibu pejabat baharu TBK di Tingkat 1 Bangunan Dar Takaful IBB Utama. – Gambar serahan TBK