Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    TBK tawar perlindungan kad kredit

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Dalam menyediakan perlindungan kepada semua pelanggan bagi semua kad kredit yang dikeluarkan oleh mana-mana institusi kewangan di Negara Brunei Darussalam, Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd (TBK) telah memperkenalkan Takaful Perlindungan Kad Kredit, baru-baru ini.

    Takaful Perlindungan Kad Kredit itu sudah boleh didapati melalui aplikasi mudah alih Takaful Brunei bermula Oktober lalu.

    Menurut kenyataan TBK, takaful berkenaan adalah sebagai langkah untuk memastikan rakyat Brunei mempunyai akses kepada lebih banyak produk yang memenuhi keperluan perlindungan kewangan daripada hutang, selain sebagai alat tambahan untuk membantu dalam celik kewangan.

    Kenyataan menyatakan, kebanyakan kad kredit berkenaan menyediakan perlindungan takaful atau insurans kepada pemegang kad sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal semasa perjalanan ke luar negara saja.

    Takaful Perlindungan Kad Kredit TBK juga menyediakan manfaat perlindungan untuk meringankan beban kewangan pemegang kad kredit sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh semasa tempoh penyertaan.

    Manfaatnya, ia akan membayar dan menjelaskan jumlah tertunggak kad kredit yang dimiliki oleh peserta dengan institusi kewangan berkenaan.

    Dalam pada itu, TBK akan memberikan iPhone 13 Mini kepada dua pelanggan bertuah yang melanggan Takaful Perlindungan Kad Kredit TBK atau TopUp untuk perlindungan Manfaat Tunai Penghospitalan bermula awal Oktober lalu hingga pertengahan Disember ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda