Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    TCY Motors meriahkan hujung minggu

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 SEPT – TCY Motors selaku pengedar kenderaan Peugeot di negara ini telah menganjurkan aktiviti Lets Meet Up di bilik pamerannya di Kiarong Sentral, hari ini.

    Acara turut diisikan dengan aktiviti riadah Zumba selama dua jam yang dipimpin oleh Zin Lisa dan dibukakan untuk penyertaan para pelanggan dan orang ramai bagi memeriahkan lagi hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan.

    Turut diadakan adalah pameran binatang eksotik khususnya bagi para pengunjung kanak-kanak yang dibawakan oleh Sugar Glider Brunei.

    Seramai 25 orang pengunjung menyertai acara tersebut yang diharap dapat mendekatkan serta mewujudkan kesedaran terhadap jenama kenderaan Peugeot dan lokasi bilik pameran tersebut kepada orang ramai.

    Antara pengunjung yang menyertai aktiviti Lets Meet Up di bilik pameran TCY Motors di Kiarong Sentral. – Gambar serahan TCY Motors
    Kanak-kanak berpeluang melihat lebih dekat binatang eksotik semasa acara berkenaan. – Gambar serahan TCY Motors

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...