TDM usir 10 pendatang tanpa izin cuba memasuki sarawak

KUCHING, 23 OGOS – Tentera Darat Malaysia (TDM) Markas Divisyen Pertama Infantri (1 Div) berjaya mengusir 10 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang cuba memasuki Sarawak dalam tiga kejadian berasingan pada Ahad.

Sel Perhubungan Raya Markas 1 Div dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam pengusiran pertama yang berlaku pada 2.45 petang, lima individu dikesan cuba memasuki kawasan sempadan Malaysia dari Indonesia di lorong tikus berhampiran batu sempadan di Biawak, Lundu. 

“Setelah ditahan dan disoal siasat, lima individu itu termasuk seorang wanita, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyatakan tujuan memasuki Malaysia kerana ingin mencari pekerjaan,” menurut kenyataan itu.

Pengusiran kedua pula berlaku pada 7.15 malam membabitkan tiga individu yang cuba memasuki Malaysia secara haram dengan berjalan kaki dari sempadan ke Ladang Tetangga Akrab, Balai Ringin. – Bernama