Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Tealive bertahan harungi kesan pandemik

    KUALA LUMPUR, 1 MEI – Tealive, jenama teh gaya hidup terbesar di Asia Tenggara, akan terus berinovasi, meningkatkan kualiti tawaran dan pengalaman pelanggan serta mencari peluang untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia.

    Ketua Pemasaran Loob Holdings Sdn Bhd, Jessica Lee berkata pihaknya berterima kasih kepada pelanggan yang telah menyokong jenama itu sejak ia membru pada 2017.

    Beliau berkata ini sekali gus mendorong pihaknya untuk terus melancarkan produk baharu dan menjalinkan perkongsian dengan pelbagai rakan kongsi dari semasa ke semasa.

    “Kami bertuah kerana dapat bekerjasama dengan kebanyakan rakan penghantar di negara ini, malah dijalinkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan pada Mac 2020.

    “Ia sangat membantu kami bergerak ke hadapan, tidak seperti sesetengah pihak yang tidak dapat berbuat demikian dan menghadapi masalah untuk merealisasikan janji niaga (perniagaan) mereka,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

    Beliau berkata demikian semasa pengumuman Tealive mengenai kerjasamanya dengan Kitkat, wafer coklat antarabangsa oleh Nestle, dan pelancaran kedai konsep baharu, Tealive Plus.

    Lee berkata mencari rakan kongsi yang tepat dalam kalangan peserta sektor makanan dan minuman (F&B) lain pada masa yang sesuai juga berperanan penting dalam menonjolkan jenama Tealive.

    “Sebagai contoh, pada Oktober 2020, Tealive menjalinkan perkongsian dengan syarikat mi segera terlaris, Mamee, untuk memperkenalkan ‘Spicy Mi Boba’. Orang ramai tertanya-tanya mengenai rasanya, jadi mereka membelinya. Ia menjadi tular selepas mereka menunjukkan perkara yang mereka cuba dan pada minggu pertama, kami hampir kehabisan stok. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...