Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Tealive masuki pasaran Amerika Utara

    KUALA LUMPUR, 28 NOV – Jenama teh gaya hidup Malaysia, Tealive kini berada di Amerika Utara menerusi kedai pertama di pusat bandar Ottawa, Kanada dan merancang untuk membuka 50 cawangan lagi di seluruh negara itu dalam tempoh lima tahun.

    Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo berkata Tealive memberi tumpuan untuk berkembang di Asia Tenggara dan tidak menyasarkan Amerika Utara secara khusus sehingga sebuah kumpulan perniagaan terkemuka yang menjalankan perniagaan pastri dan kedai roti menemui pihaknya.

    Beliau berkata pihaknya yakin rakan kongsi tempatan pilihan mereka di Kanada akan menjadi padanan yang sesuai kerana mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam segmen makanan dan minuman.

    “Rakan kongsi tersebut komited untuk membuka 50 cawangan dalam tempoh lima tahun akan datang di seluruh Kanada.

    “Kemasukan di Kanada ini dan pengembangan yang dirancang di seluruh negara itu akan memberikan peluang kepada kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pasaran Amerika Utara secara dekat.

    “Oleh itu, pada masa akan datang, kami mungkin turut meneroka pasaran Amerika Syarikat (AS) yang menguntungkan,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

    Loo berkata Tealive mempunyai pelbagai jenis minuman dalam portfolionya dan kini menawarkan makanan melalui ‘Tealive Eats’.

    “Menu pelancaran Kanada kami sememangnya inovatif dan menarik dengan minuman dan makanan yang disediakan untuk selera tempatan tanpa menjejaskan pengalaman unik ‘Tealive breakthrough’ kami,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...