Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teater muzikal papar kisah Michael Jackson

    TEATER muzikal berkisarkan kisah kehidupan penyanyi legenda Michael Jackson sedang dalam pembikinan.

    Daily Mail melaporkan teater muzikal itu akan diadakan secara besar-besaran di Amerika Syarikat dan akan dipentaskan selewat-lewatnya pada tahun 2020.

    Syarikat pengurusan mendiang, The Michael Jackson Estate and Columbia Live Stage membuat pengumuman baru-baru ini.

    Kisah kehidupan penyanyi legenda, Michael Jackson bakal dipaparkan dalam sebuah teater muzikal.

    Menerusi pementasan itu, turut akan dipersembahkan lagu-lagu popular Michael daripada album popularnya.

    Teater muzikal itu akan mendapat sentuhan penulis Lynn Nottage dan diarahkan oleh Christopher Wheeldon.

    Michael meninggal dunia pada 2009 ketika usianya 50 tahun akibat pengambilan ubat terlarang berlebihan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda