MACAU, 7 Mac – Presiden La Liga, Javier Tebas memberitahu AFP dia berbesar hati untuk dikaitkan dengan jawatan ketua eksekutif Liga Perdana Inggeris ketika spekulasi tersebut tersebar.
Tebas, ketua liga Sepanyol sejak tahun 2013, berkata dia ‘merasa gembira’ selepas satu laporan menamakannya sebagai kemungkinan pengganti kepada Richard Scudamore, yang mengumumkan pelepasannya pada tahun lepas.
“Saya gembira persaingan seperti Liga Perdana memikirkan saya untuk menjadi CEO mereka,” kata Tebas pada konvensyen perniagaan sukan Sportel di Macau.
Apabila ditanya jika dia mahu untuk bersara dari La Liga untuk bersama England, presiden berusia 56 tahun itu, tidak mahu mengulas mengenainya.
Liga Perdana masih mencari ketua eksekutif seterusnya selepas pengganti Scudamore yang diumumkan, eksekutif TV, Sussana Dinnage, menolak pelantikan itu pada Disember lalu.
Liga Perdana berkembang menjadi fenomena global di bawah Scudamore, menjana 5.5 bilion pound (AS$7.3 bilion) pada musim 2016/17, menurut penganalisis Deloitte, 86 peratus lebih besar berbanding La Liga.
Tebas juga berkata La Liga berusaha untuk menjadualkan perlawanan Espanyol pada masa sesuai bagi penonton China, berikutan ketibaan bintang China, Wu Lei.
Dia berkata perlawanan terakhir Espanyol, apabila Wu menjaringkan gol pertamanya bagi kelab itu, mencatatkan dua kali ganda penonton seperti perlawanan Clasico, Barcelona dan Real Madrid.
“Kami mempunyai strategi dengan Espanyol menerusi media sosial, kami bertugas dengan mereka dengan beberapa perlawanan mereka, agar mereka boleh menontonnya di China,” katanya.
“Ia adalah penting untuk memiliki pemain–pemain global dalam persaingan kami, untuk mengembangkan jenama kelab dan liga,” tambah Tebas. – AFP

































