Tebingan Batu Kawa tarikan baharu

KUCHING, 25 JUN – Selepas Tebingan Kuching (Kuching Waterfront), Tebingan Batu Kawa pula akan menjadi tarikan dan mercu tanda baharu buat Sarawak yang dijangka siap pada Mei 2020.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam ucapannya berkata Batu Kawa sinonim dengan pekan bersejarah dan pastinya kerajaan negeri tidak mahu ketinggalan untuk memajukan pekan berkenaan. – Bernama