PARIS, 13 Mei – Seorang tebusan Korea Selatan yang diselamatkan oleh pasukan khas Perancis di Burkina Faso minggu lalu adalah pelancong yang berkunjung ke rantau itu yang telah diculik berdekatan sempadan dengan Benin, kata pegawai kedutaan hari ini.
Wanita itu, yang tidak dinamakan telah diterbangkan ke Paris pada Sabtu selepas diselamatkan dalam serbuan oleh komando Perancis semalaman Khamis-Jumaat yang mengorbankan dua askar.
“Dia hanya mengembara, dia bukan bekerja. Dia sudah berada di sana hampir satu tahun,” kata pegawai di kedutaan Korea Selatan di Paris memberitahu AFP.
Tambahnya lagi ‘pelancong tetap’ itu telah meminta identitinya untuk dirahsiakan.
Dia sebelumnya berkunjung ke Senegal dan Mali di barat Afrika serta negara-negara lain semasa perjalanan besar dari tempat asalnya, sebuah rantau ‘di tengah-tengah Korea Selatan,” kata pegawai.
Dia telah diculik sekitar satu bulan lalu oleh lelaki bersenjata semasa cuba menyeberang menggunakan kereta dari Burkina Faso ke Benin, jelasnya bersama seorang wanita Amerika yang juga diselamatkan oleh pasukan Perancis.
“Mengikut kefahaman saya (mereka berdua pada ketika itu) namun kami tidak bercakap kepada wanita Amerika itu, tambah pegawai.
Kerajaan AS enggan untuk memberi komen tentang asalnya, namun saluran berita ABC melaporkan dia juga seorang pelancong berusia dalam 60an.
Wanita Korea Selatan yang muncul bersama dua tebusan Perancis ketika membuat kenyataan kepada media pada Sabtu di Paris telah menjalani pemeriksaan perubatan di sebuah hospital tentera di Paris. – AFP



































