Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Tedros dipilih semula sebagai ketua WHO

    GENEVA, 25 MEI – Tedros Adhanom Ghebreyesus, dilantik semula menyandang jawatan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), untuk penggal kedua, pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 di sini, kelmarin, lapor Xinhua.

    Beliau dipilih buat pertama kali menyandang jawatan itu pada Mei 2017 dan merupakan calon tunggal tahun ini. 

    Dalam ucapannya selepas dipilih semula, Tedros berkata beliau menghargai keluarga WHO atas kerja keras mereka selama ini dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan. 

    Beliau berkata tumpuan utamanya ialah promosi kesihatan, penjagaan kesihatan primer, persediaan dan tindak balas kecemasan, sains, inovasi dan kesihatan digital. – Bernama

    Tedros Adhanom Ghebreyesus semasa menyampaikan ucapan pada WHA ke-75, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...