Sunday, March 26, 2023
27.2 C
Brunei

-

TEDxUniversitiBruneiDarussalam pertama diadakan di UBD

Oleh Syahmi Hassan
Gambar serahan UBD

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – TEDxUniversitiBruneiDarussalam secara rasmi telah menganjurkan acara TEDx pertama di Dewan Pro-Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD), baru-baru ini.

TEDxUniversitiBruneiDarussalam dimulakan dengan tema ‘Kelestarian’, menampilkan lapan penceramah yang terdiri daripada kakitangan UBD, pelajar-pelajar dan penceramah tempatan.

Penceramah bagi acara perasmian itu ialah Dr James McLellan, Dr F Merlin Franco, Dr Pooja Shivanand, Yong Teck Nyek, Zubaidah Haji Nor Hisham, Wafaa Hamzah, Asyaf Zulkipli, Shaun Hoon dan Profesor Rolf Muller.

Majlis tersebut telah disertai oleh kira-kira 100 orang dan terbuka kepada para pelajar dan kakitangan UBD serta orang ramai.

TED ditubuhkan sebagai sebuah platform kecil yang bukan untung pada 1984, mengumpulkan orang ramai untuk berkongsi ‘Idea Berbaloi Disebarkan’ daripada tiga disiplin iaitu teknologi, hiburan dan reka bentuk.

Idea itu dikongsikan dalam bentuk cerita atau TED Talk, yang berdurasi maksimum 18 minit.

Sejak penubuhannya, persidangan TED telah menyertakan penceramah seperti Bill Gates, Jane Goodall, dan Quincy Jones selain para atlet dan pemuzik akar umbi.

ATAS & BAWAH: Antara penceramah pada acara TEDx pertama yang diadakan di UBD itu.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -