Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tegahan eksport landa industri daging Brazil

    BRASILIA, 21 Mac – Kesan sampingan dari skandal daging busuk Brazil semakin bertambah hari ini apabila China, pelanggan besar, menggantung import dan Kesatuan Eropah (EU) menuntut tegahan tidak sepenuhnya.

    Satu lagi tegahan ke atas daging Brazil dikenakan oleh Chile telah mencetuskan kebimbangan pertikaian perdagangan antara kedua-dua rakan dari Amerika Selatan. Kelakuan menarik oleh Presiden Michel Temer yang malah menjemput duta-duta asing ke sebuah restoran daging di bandar Brasilia lewat semalam, gagal menenangkan para pengimport.

    China yang bersama Hong Kong adalah pasaran eksport daging terbesar Brazil, berkata ia perlu mengetahui lebih tentang dakwaan bahawa perniagaan besar pembungkusan daging telah menyogok para pemeriksa untuk mendapatkan sijil kesihatan dan menutupi daging yang tercemar sebagai layak untuk dimakan.

    “Sehingga ia menerima lebih banyak maklumat, China tidak akan menurunkan daging import dari Brazil,” menurut kementerian pertanian Brazil.

    Menteri Pertanian Brazil Blairo Maggi sepatutnya mengadakan persidangan video lewat semalam dengan pihak berkuasa China untuk memberikan ‘penjelasan’.

    Para pekerja Pengawasan Kebersihan Perbandaran merampas pelbagai jenis sosej untuk dianalisis di sebuah pasar raya di Rio de Janeiro, Brazil pada 20 Mac. – AP
    Para pekerja Pengawasan Kebersihan Perbandaran merampas pelbagai jenis sosej untuk dianalisis di sebuah pasar raya di Rio de Janeiro, Brazil pada 20 Mac. – AP

    “Kami menjangkakan lebih 30 buah negara menyoal Brazil tentang isu ini,” Maggi memberitahu sidang media.

    Jika kesemuanya menghentikan import daging Brazil, itu akan mendatangkan bencana bagi negara itu,” kata menteri itu. Suruhanjaya Eropah, anggota eksekutif EU, menyeru Brazil supaya segera menghentikan import oleh empat buah syarikat yang dibabitkan dalam skandal ini, jurucakap gabungan itu Enrico Brivio memberitahu para pemberita di Brussels.

    Tidak lama selepas itu, kerajaan Brazil berkata ia telah mematuhinya, dengan menghentikan eksport daripada kesemua 21 pemproses daging yang sedang disiasat. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda