Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tegahan perjalanan Trump berdepan ujian

    WASHINGTON, 8 Mei – Tegahan perjalanan yang dipinda oleh Presiden Donald Trump bakal berdepan ujian penting hari ini, apabila mahkamah rayuan AS dijangka mengendalikan kes itu yang telah menyentap usaha berkontroversi pentadbiran beliau untuk menyekat para pelancong dari enam negara Islam.

    Mahkamah persekutuan di Richmond, Virginia akan mengadakan sesi dengar penting untuk meneliti perintah hakim Maryland yang telah memberi tamparan hebat yang mengaibkan Trump, dengan membekukan percubaan kedua untuk menutup sempadan AS kepada warga-warga Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman selama 90 hari.

    Memandangkan kepentingan awam dalam kes ini dan perlunya keputusan tepat pada masanya, Mahkamah Rayuan Fourth US Circuit akan terus kepada sesi dengar mahkamah penuh atau ‘enbance’ dengan memintas kelaziman panel tiga hakim, buat pertama kalinya dalam suku dekad.

    Mahkamah itu mempunyai 15 hakim bertugas, sesetengahnya yang mungkin menyelamatkan diri mereka sendiri kerana potensi konflik kepentingan.

    Gambar fail bangunan Mahkamah Rayuan Fourth US Circuit yang akan menjadi tempat 15 ahli mahkamah mendengarkan perbicaraan semakan tegahan perjalanan Presiden Donald Trump yang menyasarkan enam buah negara majoriti Islam di Richmond,Va. – AP
    Gambar fail bangunan Mahkamah Rayuan Fourth US Circuit yang akan menjadi tempat 15 ahli mahkamah mendengarkan perbicaraan semakan tegahan perjalanan Presiden Donald Trump yang menyasarkan enam buah negara majoriti Islam di Richmond,Va. – AP

    Senarai sebenar akan dikeluarkan pagi ini sebelum sesi dengar itu, yang dijangka bermula pada jam 2:30 petang.

    Hakim persekutuan Maryland telah mengeluarkan sekatan seluruh negara terhadap syarat asas berhubung tegahan perjalanan dari negara-negara Islam, dengan mengatakan perintah itu telah menimbulkan prospek sikap berat sebelah yang berkaitan agama.

    Keputusan itu dibuat sejurus selepas tegahan lebih meluas dikeluarkan di Hawaii yang menghentikan tegahan perjalanan dan juga penangguhan 120 hari program kemasukan orang pelarian AS. Rumah Putih berusaha menangani perintah itu dalam Mahkamah Rayuan Ninth US Circuit. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda