Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Tegar kantoi curang dengan perempuan lain

    Belum cukup sebulan menjalinkan hubungan dengan wanita bernama Olla, penyanyi Tegar Septian dikatakan curang dengan wanita lain.

    Olla atau Olla Putri Octaviani mendedahkan perkara itu menerusi laman sosial miliknya dan memilih berpisah dengan Tegar kerana menganggap dia tidak dihargai.

    “Jangan ditanya lagi tentang Tegar sebab kami berdua sudah putus! Tolong ya. Ceritanya yang gatal ialah Tegar! Jadi baik putuskan hubungan sebab rasa tidak dihargai lagi,” katanya.

    Olla turut memuat naik video permohonan maaf kepada BabyNa yang dituduh menjalinkan hubungan dengan Tegar dan meminta warganet berhenti menyerang akaun Instagram wanita berkenaan.

    Dalam video tersebut, Olla turut memberitahu bahawa akaun Instagramnya sudah disekat oleh Tegar dan tidak mengetahui alasan penyanyi itu bertindak sedemikian.

    “Saya minta maaf kepada BabyNa kerana menuduh awak gatal dengan Tegar semalam kerana saya salah faham. Selepas mendengar cerita sebenar, saya mengaku salah dan BabyNa tidak bersalah dalam hal ini,” katanya.

    Sementara itu, Tegar tidak memberi kenyataan balas berhubung isu berkenaan dan hanya memuat naik hantaran singkat di instastory.

    “Selamat Tinggal,” tulisnya.

    Untuk rekod, Tegar menjalinkan hubungan dengan Olla selepas mengumumkan perpisahan dengan bekas isteri pada Jun lalu. – Agensi

    Olla mendakwa Tegar curang dengan wanita lain di belakangnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...