Wednesday, October 5, 2022
30 C
Brunei

Tegar sudah jatuh ditimpa tangga

-

Selepas mengumumkan sudah bercerai dengan isterinya, penyanyi Tegar Septian (gambar tengah) sekali lagi berdepan dugaan apabila neneknya pula jatuh sakit dan perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Bagi menampung kos perubatan, Tegar memberitahu dia merancang untuk menjual akaun atau ID permainan atas talian, Mobile Legend miliknya.

“Kalau akaun terjual, saya mahu hantar nenek ke hospital kerana dia sakit. Minta doakan semoga nenek cepat sembuh,” katanya dalam perkongsian di Instastory.

Tegar, 22, sebelum ini mendedahkan dia dan isterinya iaitu Sarah Sheilka sudah bercerai disebabkan masalah perhubungan yang sudah lama ditanggung.

Perpisahan itu dikatakan berpunca daripada masalah kewangan selain faktor Tegar tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Bukan itu sahaja, Sarah juga pernah mendedahkan tindakan bekas suaminya meminjam duit daripada rakan-rakan terdekat dengan alasan kesempitan hidup.

Sarah bagaimanapun mendakwa mereka melalui kehidupan seperti biasa dan tiada masalah kewangan.

Kemelut rumah tangga itu menyebabkan bekas peserta program Big Stage 2022 ini tertekan hingga menyebabkan fizikalnya semakin kurus. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

3 maut, 20 hilang bot Rohingya karam

COX’S BAZAR, BANGLADESH, 4 OKT - Tiga maut manakala hampir 20 lagi hilang selepas bot yang membawa kebanyakannya pelarian Rohingya, terbalik di Teluk Benggala...
- Advertisment -