Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tehran lancar semula cita-cita angkasa

    TEHRAN, 15 Sept – Program angkasa Iran telah menerima rangsangan baru selepas pelancaran satelit baru-baru ini dilihat menjengkelkan Washington, dengan Tehran menyatakan rancangan untuk menghantar misi manusia, mungkin dengan bantuan Moscow.

    “Seramai sepuluh juruterbang berkemahiran pada masa ini sedang menjalani latihan intensif yang getir di mana dua daripada mereka akan dipilih untuk menyertai misi angkasa itu nanti,” kata ketua pusat penyelidikan aeroangkasa, kementerian sains, Fathuollah Omi memberitahu badan penyiaran negara itu minggu lalu.

    Beliau berkata, perancangan tersebut ialah untuk meletakkan manusia dalam kapal angkasa dalam tempoh ‘kurang dari lapan tahun.”

    “Dalam perbincangan awal bersama syarikat angkasa utama Rusia, kami telah bersetuju untuk bekerjasama bagi projek penting ini dan kami menunggu jawapan pasti dari mereka.

    “Rusia belum mengesahkan perbincangan itu, walaupun timbalan perdana menteri, Dmitry Rogozi, yang menyelia program angkasanya, mengunjungi Tehran dua tahun lalu untuk membincangkan potensi bagi kerjasama.

    Para saintis republik Islam juga meraikan hakikat bahawa dua ekor monyet yang mereka lancarkan ke angkasa pada 2013, telah melahirkan anak pertama baru-baru ini.

    Program angkasa Iran telah mengembangkan selayaknya dan bermula. Mereka telah menghantar penyu, tikus dan cacing ke angkasa dan selepas kejayaan perjalanan oleh monyet terbabit, bekas Presiden Mahmoud Ahmadinejad mengumumkan dia mahu menjadi yang pertama menaiki roket Iran itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda