Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Tekanan inflasi luaskan jurang sosial di Jerman

    BERLIN, 25 NOV – Ekonomi Eropah yang mencatatkan rekod tertinggi inflasi telah menyebabkan rakyat berpendapatan rendah terjejas teruk, lapor Xinhua memetik Presiden Institut Penyelidikan Ekonomi Jerman, Marcel Fratzscher semalam.

    “Jurang sosial semakin melebar pada masa ini berbanding semasa pandemik,” kata Fratzscher kepada media Jerman.

    Beliau berkata memandangkan golongan berpendapatan rendah membelanjakan sebahagian besar pendapatan untuk bekalan asas seperti tenaga dan makanan, mereka merasakan kesan inflasi tiga kali ganda lebih berbanding golongan berpendapatan tinggi.

    “Trend yang sama juga boleh dilihat dalam kalangan syarikat Jerman. Sesetengah pemain industri utama memperoleh keuntungan besar pada masa ini manakala banyak syarikat bersaiz sederhana semakin tenat,” kata Fratzscher.

    Satu kajian oleh Institut Penyelidikan Ekonomi dan Sosial di Yayasan Hans Boeckler yang diterbitkan pada Khamis mendapati jurang kewangan antara isi rumah di bawah garis kemiskinan dan pertengahan semakin melebar dengan ketara sebelum permulaan pandemik COVID.

    “Perkembangan ini satu kedudukan permulaan yang sangat lemah untuk ujian tekanan sosial yang berterusan disebabkan pandemik, konflik Rusia-Ukraine dan rekod inflasi,” menurut Yayasan itu.

    Menurut Pejabat Perangkaan Persekutuan, inflasi di Jerman meningkat kepada 10.4 peratus pada Oktober, paras tertinggi sejak 1990. – Bernama

    Bangunan di daerah perbankan diselubungi kabus di Frankfurt, Jerman pada 13 November 2022. Ekonomi Eropah mencatatkan rekod tertinggi inflasi telah menyebabkan rakyat berpendapatan rendah terjejas teruk – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...