Tekanan: Kesatuan terbesar HK bubar

HONG KONG, 10 OGOS – Kesatuan terbesar Hong Kong mengumumkan ia bubar hari ini, memetik ‘tekanan kuat’ ketika pihak berkuasa wilayah itu menghapuskan gerakan demokrasi dan melaksanakan politik berfahaman ortodoks ke atas hab kewangan itu.

Diasaskan pada 1973, Kesatuan Guru Profesional (PTU) merupakan sebuah kesatuan terbesar dengan 95,000 ahli dan berpengaruh dalam gerakan demokrasi.

“Selepas perbincangan, jawatankuasa eksekutif sebulat suara memutuskan untuk membubarkan kesatuan,” presiden PTU, Fung Wai-wah memberitahu wartawan, menerangkan keputusan itu ‘amat menghampakan.’

“Persekitaran sosial dan politik berubah pantas dalam masa beberapa tahun kebelakangan, kami di bawah tekanan kuat. Kami tidak menemui cara untuk menyelesaikan krisis yang kami hadapi sekarang,” tambahnya. – AFP

Orang ramai berjalan melepasi pintu masuk Kesatuan PTU di Hong Kong yang kini dibubarkan kerana ‘tekanan kuat’ pihak berkuasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. –AP