Teknik penangkapan ikan yang salah di Balkan

SHKODER – Letih selepas bekerja seharian di atas air, seorang nelayan Albania, Ilir Neziri menceritakan kekecewaannya berikutan tangkapannya yang semakin berkurangan di Shkodra, tasik terbesar yang terletak d Selatan Eropah. “Sesuatu yang besar semakin kurang,” lelaki berusia 47 tahun itu mengeluh sambil mengemudi perahu kecilnya yang dikuasakan oleh enjin lama menelusuri kawasan perairan Tasik Shkodra.

Penangkapan ikan yang berlebihan dan pemburuan haram adalah dipersalahkan ke atas keadaan itu, menurut nelayan Albania dan ahli-ahli yang telah memberikan amaran mereka ke atas ancaman air yang berkilauan antara Albania dan Montenegro itu.

Permata di rantau Balkan berkeluasan sekitar 530 kilometer persegi, dua pertiga daripadanya terletak di wilayah Montenegrin, di mana ia di panggil sebagai Tasik Skadar. Perairan terkenal dengan kepelbagaian biodiversiti ini kaya dengan stok ikan namun ia semakin berkurangan sejak kebelakangan ini, kata penduduk Albania, mengancam ekosistem dan kehidupan beratus-ratus nelayan.

Neziri, yang menggunakan batang pancing, menyalahkan electrofishing yang sebenarnya menyalahi undang-undang berikutan tangkapan ikannya yang kecil iaitu sekitar 10 kilogram sahaja, di mana dia hanya memperoleh sekitar 28 euro sahaja di pasaran. Pemburu haram menggunakan teknik electrofishing di kawasan itu sehingga ia menjejaskan kehidupan para nelayan, jelas lelaki itu kepada media.

Di Albania, kaedah yang diharamkan itu boleh dihukum sehingga 500,000 leke dan dua tahun penjara. Montenegro juga mengharamkan memancing dengan menggunakan bahan letupan dan elektrik.

Tetapi pemburu haram tetap tidak terkecuali dalam hal ini, menurut penduduk tempatan.

“Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk datang pada waktu malam bagi melihat sendiri bagaimana teknik penangkapan ikan secara elektrik masih lagi berlarutan,” kata Rasim Taraboshi, seorang nelayan Albania berusia 75 tahun yang pernah kembali ke darat dengan tangan kosong tanpa sebarang tangkapan ikan. – AFP

Perairan terkenal dengan kepelbagaian biodiversiti ini kaya dengan stok ikan namun ia semakin berkurangan sejak kebelakangan ini. – AFP