Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Teknologi 5G asas revolusi sektor pendidikan digital

    KUALA LUMPUR – Rangkaian generasi kelima (5G) menjadi kunci utama kepada revolusi sektor pendidikan di Malaysia khususnya dalam memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21 sekali gus melahirkan generasi yang mampu mengharungi cabaran Revolusi Perindustrian ke-4 (4IR).

    Tanpa pelaksanaan 5G, ia pastinya akan menyekat perkembangan sektor pendidikan digital selain menjejaskan aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP) masa depan yang boleh membantutkan sesebuah generasi untuk berkembang seiring teknologi.

    Bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam melahirkan kelompok baharu ini, pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini sudah pun bermula di beberapa kawasan sejak penghujung 2021, setahun lebih awal daripada yang diumumkan sebelum ini.

    Timbalan Pengarah Teknologi Pengajaran Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Muhammad Helmi Norman berkata menerusi teknologi 5G, ia bukan sahaja menjadi pengubah keadaan kepada sektor pendidikan malah dapat memberi pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar.

    Beliau berkata teknologi 5G akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan interaktif apabila para pelajar serta guru dan pensyarah meneroka teknologi realiti maya, realiti terimbuh, kecerdasan buatan dan lain-lain.

    Teknologi 5G akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan interaktif apabila para pelajar serta guru dan pensyarah meneroka teknologi realiti maya, realiti terimbuh, kecerdasan buatan dan lain-lain.
    Para guru dan pensyarah juga digalakkan menerapkan pendekatan baharu dalam sesi PdP dengan menggunakan peranti digital yang dihubungkan dengan 5G, dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih menarik.

    Selain itu, menurutnya para guru dan pensyarah juga dapat menerapkan pendekatan baharu dalam sesi PdP dengan menggunakan peranti digital seperti iPad yang dihubungkan dengan 5G, dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran masa depan yang lebih menarik seterusnya meningkatkan tahap penglibatan pelajar di dalam kelas.

    “Dengan teknologi yang tepat, ia akan menjadikan kita lebih moden. Kami mahu mewujudkan pengalaman yang bermakna dan kenangan yang meninggalkan kesan kepada para pelajar. Dengan 5G, ia sebenarnya membolehkan kami untuk memperkasa pelajar menjadi pencipta dalam ruang yang lebih luas bukan sahaja dalam bilik darjah. 

    “Dengan telefon pintar pun kita sudah boleh mencipta idea baharu. Sebagai contoh, pelajar boleh menggubah muzik secara digital dalam masa yang singkat. Namun, semua ini tidak akan terjadi kalau 5G tidak ada. 5G ini ibarat asas atau fundamental kepada semua perubahan ini,” katanya dalam temu bual bersama Bernama baru-baru ini.

    Sebagai persediaan untuk menerima perubahan teknologi itu, Muhammad Helmi yang juga Pendidik Terhormat Apple menggariskan empat fasa iaitu pembentukan, mencurah pendapat, pembiasaan dan pelaksanaan.

    Sehubungan itu, beliau berkata sebelum melaksanakan dan menjadikan teknologi 5G itu sebagai norma, apa yang penting adalah kesediaan semua pihak untuk menerima teknologi itu.

    “Ia adalah tentang bergerak ke arah kaedah pembelajaran berteknologi tinggi seperti realiti terimbuh dan realiti maya. Ini adalah sesuatu yang perlu kita ubah, stigma tersebut. Ini kerana apabila kita sebut mengenai (perubahan dalam) pendidikan semua tidak boleh, kita kekal dengan cara lama… tidak boleh ubah.

    “Sebagai contoh telefon bimbit dan iPad tidak boleh bawa ke sekolah. Ini perlu diubah dahulu. Teknologi perlu diterima dalam pendidikan terlebih dahulu,” katanya.

    Dalam pada itu, Muhammad Helmi berkata teknologi 5G juga akan menjadi pemacu dalam melahirkan ramai siswazah dan pekerja yang mempunyai kemahiran dalam teknologi digital terutama dalam era pascapandemik.

    “Masa depan sangat pantas, ia adalah tentang bagaimana anda mereka semula peranan awda. Awda perlu tahu bagaimana menangani teknologi,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...