Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Teknologi China bantu ekonomi digital Afrika

    BEIJING, 7 JULAI – Sektor ekonomi digital di benua Afrika menyaksikan pertumbuhan pesat, didorong inisiatif kerajaan negara berkenaan di samping bantuan teknologi China. 

    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ekonomi digital muncul sebagai bidang baharu yang diterokai bersama China dan Afrika, manakala transformasi digital telah sedia maklum menjadi keutamaan Agenda 2063 Kesatuan Afrika (AU).

    Pertumbuhan benua itu turut dipacu tindakan China menyediakan sokongan teknologi membabitkan pembayaran secara mudah alih, e-dagang, keusahawanan digital dan pemupukan bakat cemerlang dalam bidang digital. Perkembangan pesat e-dagang di Afrika tidak dapat dipisahkan daripada penubuhan pelbagai platform e-dagang. 

    Ia termasuk satu platform diasaskan warga China yang berjaya mengembangkan sayap perniagaan dengan menguasai lebih 50 peratus bahagian pasaran di Afrika Timur mencakupi lebih 10 juta pengguna.

    Pengusaha e-dagang, Lu Xiaoyong berkata platform kendaliannya menghimpunkan pelbagai produk dan kira-kira 80 peratus daripadanya tidak boleh diakses di luar talian.

    “Ia telah meningkatkan taraf hidup warga Afrika. Selain itu, kami juga menawarkan banyak peluang pekerjaan dalam operasi huluan dan hiliran platform berkenaan membabitkan seramai 10,000 belia,” kata Lu. 

    Seiring dengan penaiktarafan kerjasama China dan Afrika, potensi ‘Internet +’ dan inovasi digital bakal membawa pelbagai limpahan manfaat kepada rakyat benua berkenaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...