Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teknologi garisan gol bermasalah

    PARIS, 12 Jan – Perdebatan mengenai penggunaan teknologi untuk membantu pengadil bola sepak menemui kebuntuan semalam apabila liga Perancis menggantung penggunaan pemeriksaan garisan gol selepas mengalami beberapa “masalah yang serius.”

    Sistem teknologi garisan gol (GLT), dibekalkan oleh syarikat Jerman Goal-Control, “digantung serta-merta” oleh pihak berkuasa bola sepak Perancis selepas kejadian dalam perlawanan Piala Liga pada Rabu di antara Amiens dan Paris Saint-Germain dan perlawanan Angers dan Montpellier.

    Di Amiens, masalah bertumpu pada gol kedua PSG dalam kemenangan 2-0. Tandukan bola oleh Adrien Rabiot terkena palang gol dan melantun melepasi garisan sebelum penjaga gol Jean-Christophe Bouet menarik balik bola. Bagaimanapun “GLT tidak membuat jam tangan pengadil bergetar,” kata Didier Quillot, ketua pengarah liga Perancis dalam satu persidangan semalam.

    Dalam kejadian kedua, yang membabitkan pemain pertahanan Montpellier Daniel Congre, masalah adalah terbalik. Teknologi itu “membuat jam tangan pengadil bergetar walaupun bola yang diambil oleh Daniel Congre adalah jauh daripada garisan gol.”

    “Kedua-dua kesilapan berkenaan tidak dapat diterima,” kata Quillot. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda