Teknologi ‘karpet tiruan’ bantu kawal gurun China

LANZHOU, 1 Jan – Satu penanaman mikrobiologi dikenali sebagai ‘karpet tiruan’ bersesuaian untuk langkah-langkah mengawal gurun selepas dua tahun diuji di Gurun Tengger, China.

Sebuah kumpulan saintifik dike-tuai Li Xinrong, seorang penyelidik di Northwest Institute of Eco-Environment and Resources di bawah Akademi Sains China, menggunakan agen mikrob kultur makmal untuk menyembur straw checkerboard (teknik digunakan untuk memperbaiki gumuk pasir) di gurun.

Mikrob diekstrak daripada alga dan lumut boleh membentuk satu permukaan berkerak di straw checkerboard yang diperbuat daripada gandum atau jerami padi.

“Ujian kami menunjukkan checkerboard tumbuh dengan teknik ‘karpet tiruan’ lebih kukuh dan berkesan dalam memperbaiki gumuk gurun,” katanya. Namun dia menambah bahawa ia mengambil masa lima tahun untuk melihat kerak mikrobiotik berbentuk di checkerboard secara besar-besaran.

Pasukan Li sudah pun menyiapkan kajian asas teknik itu dan akan menggunakannya di kawasan gurun bersama dengan penanaman kering tanaman gurun di checkerboard. – Xinhua