Teknologi, penyelesaian ‘Remote Life’ baharu SHARP

SELANGOR, 17 JULAI – Berkembang seiring dengan keperluan masa kini, Sharp Electronics (Malaysia) Sdn Bhd (SHARP) bertekad untuk membantu para pengguna, perniagaan, bilik darjah dan isi rumah, dalam menyesuaikan normal baharu menerusi ekosistem penyelesaian, yang diperkenalkan pertama kali di Konvensyen Pengedar Maya SHARP, baru-baru ini.

Pegawai Urusan Eksekutif, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perniagaan ASEAN dan Pengerusi SHARP Electronics (M) Sdn Bhd, Robert Wu, menjelaskan bahawa dengan mengambil kira kepentingan komunikasi dan keselamatan pengguna dalam normal baharu, pengenalan konsep ‘Remote Life’ SHARP tahun ini tepat pada masanya bagi mewujudkan pejabat dan bilik darjah lebih pintar dan saling berhubung.

Menurut kenyataan yang diterima di sini, SHARP mendedahkan konsep ‘Remote Life’ baharunya sebagai tarikan utama konvensyen maya, menumpu pada kelancaran komunikasi dan keselamatan pengguna.

Konsep itu merangkumi tiga penyelesaian bagi tiga bidang utama iaitu Remote Meeting untuk Perniagaan, Remote Education System SHARP untuk bilik darjah dan Remote Lifestyle untuk pengguna atau isi rumah gunakan dengan berkesan dan selamat dalam normal baharu ini.

Semasa konvensyen mayanya, syarikat itu mengumumkan rancangan untuk melancarkan barisan produk baharu termasuk rangkaian TV BIG AQUOS dan peralatan rumah tahun ini.

Bertekad untuk mengembangkan pasarannya, SHARP juga mengumumkan rakan kongsinya dengan BACFREE bagi memperkenalkan produk air.

Kerjasama ini akan melengkapkan penyelesaian ‘Air of Confidence’ SHARP yang terdiri daripada produk pembersih udara, penyaman udara dan penyejuk udara yang dilengkapi teknologi Plasmacluster.

Pengarah Urusan SHARP Electronics (M) Sdn Bhd, Ting Yang Chung (enam dari kiri); Timbalan Pengarah Urusan (Bahagian Jualan), Tok Sang Man (lima dari kiri) serta Pembantu Pengurus Besar (Jualan) dan Ketua Bahagian Penyelesaian Pintar, Clement Ng (tiga dari kiri) mencuba Remote Fitness, salah satu penyelesaian ‘Remote Life’ SHARP. – Gambar serahan SHARP