Teknologi tapak tangan diperkenal di Amfiteater

NEW YORK, 14 SEPT – Tapak tangan anda bakal dijadikan tiket untuk memasuki konsert.

Amazon berkata ia akan membawa teknologi pengiktirafan tapak tangan ke Amfiteater Red Rocks di Denver dan ia boleh diperoleh di tempat lain pada bulan-bulan akan datang. Ia adalah teknologi pertama, digelar Amazon One, yang digunakan di luar sesetengah kedai Amazon, di mana para pembeli boleh membayar barangan runcit dan snek dengan menggunakan tapak tangan mereka.

Mulai hari ini, pengunjung konsert di Red Rocks boleh mendaftar dengan menghubungkan tapak tangan mereka kepada akaun tiket untuk memasuki pertunjukan dan acara lain di tempat itu. Akaun Amazon tidak diperlukan untuk menggunakannya.

Amazon menandatangani satu perjanjian dengan syarikat hiburan AEG untuk membawa teknologi itu ke Red Rocks, yang menjual tiket di laman tiket AEG, AXS.

Bryan Perez, CEO AXS, berkata tempat lain merancang menambah teknologi itu pada bulan-bulan akan datang tetapi beliau enggan mengatakan tempat dan jumlah. AEG bergabung dengan lebih 350 stadium dan teater di seluruh dunia.

Pengunjung konsert boleh mendapatkan tempat duduk mereka lebih cepat dengan tapak tangan daripada menunjukkan telefon kepada penjaga untuk mengimbas kod, kata Perez. Mereka yang ingin mengimbas tapak tangan mereka akan diberi laluan berasingan untuk masuk.

“Anda tidak perlu mencari telefon anda,” kata Perez.

“Tangan anda sentiasa ada di tubuh badan anda.” – AP

Gambar fail menunjukkan Amfiteater Red Rocks di luar Denver, Colorado. Amazon berkata ia akan memperkenalkan teknologi pengiktirafan tapak tangan di Anfiteater Red Rocks. – AP