Teksi udara menjelang 2025

BERLIN, 16 Mei – Firma startup German Lilium hari ini mengumumkan akan memulakan pengangkutan teksi udara tanpa pemandu yang dikuasakan dengan tenaga pesawat menjelang tahun 2025 dan berharap ia akan dapat menjalankan operasinya di beberapa buah bandar di seluruh dunia.

Prototaip lima tempat duduk itu bagaimanapun akan berdepan dengan cabaran daripada pesaing lainnya, tatkala beberapa startup dan syarikat gergasi lainnya seperti Airbus, Boeing atau Uber juga berupaya melakukan projek seumpamanya dengan menumpukan transformasi pengangkutan di kawasan bandar.

Tetapi dengan berbekalkan rotor yang dikuasakan dengan tenaga pesawat, Lilium percaya pesawat gaya jetnya boleh menghadapi saingan daripada syarikat terkemuka lainnya. Selain berupaya diterbangkan secara menegak seperti helikopter, ia juga mampu diterbangkan seperti sebuah pesawat, dengan memiliki kelajuan 300 kilometer sejam.

Kedua-dua model Airbus dan Boeing mempunyai rangkaian sehingga 50 batu.

Dikawal dari tanah, ujian kenderaan yang berpangkalan di Bavaria itu pertama kali diterbangkan di Munich pada awal Mei, walaupun Lilium tidak mengatakan secara tepat berapa lama ia boleh berada di udara.

“Ketika ujian pertama kali diadakan, ternyata ia berjalan seperti apa yang dijangkakan dan memberikan keputusan yang positif,” kata Leandro Bigarella, ketua ujian penerbangan Lilium dalam satu kenyataan. – AFP

Gambar fail pada 4 Disember 2018 menunjukkan Menteri Ekonomi Jerman, Peter Altmaier, Menteri Pendidikan dan Penyelidikan Jerman, Anja Karliczek dan Canselor Jerman Angela Merkel menyaksikan prototaip teksi terbang pertama di Nuremberg, selatan Jerman. – AFP