Saturday, September 23, 2023
24.8 C
Brunei

    -

    ‘Teladani perwatakan pemimpin terdahulu’

    KOTA KINABALU, 13 SEPT – Semua pihak di negara ini, sama ada pemimpin atau rakyat, wajar meneladani sikap dan perwatakan pemimpin terdahulu bagi memastikan perpaduan di negara ini terus kekal dan utuh, kata bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

    Pemimpin veteran berusia 67 tahun berasal dari Kota Belud itu berkata sikap pemimpin terdahulu antaranya Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan bekas Ketua Menteri Sabah Tun Datu Mustapha Datu Harun membuktikan perpaduan rakyat di tiga wilayah iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak mampu disemai dengan baik.

    Beliau berkata dua tokoh penting dalam usaha pembentukan Malaysia itu memainkan peranan penting dalam menyemarakkan dan mengukuhkan perpaduan terutama selepas negara ini dibentuk, malah mampu menyelesaikan isu-isu berkenaan Sabah terutama berhubung tuntutan negeri ini secara harmoni tanpa perlu ‘berteriak’.

    “Mereka tidak payah berteriak-teriak meminta untuk dibantu atau sedemikiannya kerana bahasa badan  masing-masing memahami antara satu sama lain, ‘berbisik’ sahaja (sudah) boleh,” katanya dalam temu bual bersama Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini.

    Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) itu berkata perpaduan berkait rapat dengan pembangunan, iaitu ketidakstabilan pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung boleh menyukarkan usaha memupuk perpaduan sekiranya tiada apa-apa dilakukan untuk mengatasinya.

    Beliau berkata keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Sabah dalam Kembara Kenali Borneo baru-baru ini adalah penting bagi melihat sendiri jurang perbezaan pembangunan itu dan merealisasikan usaha mendekatkan jurang berkenaan. – Bernama

    Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika temu bual bersama Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...