Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    TelBru adakan majlis khatam

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Dalam menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini, Telekom Brunei Berhad (TelBru) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi meraikan berakhirnya pembacaan Al-Quran oleh beberapa orang kakitangannya, hari ini.

    Majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Putat itu dihadiri oleh kakitangan dan ahli-ahli Lembaga Pengarah TelBru.

    Menurut kenyataan daripada TelBru, majlis berkenaan juga diisikan dengan bacaan Tahlil dan penyampaian sumbangan wang tunai kepada anak-anak yatim yang terdiri daripada anak-anak kakitangan TelBru.

    Selaras dengan tanggungjawab sosial korporatnya yang mempromosikan amal kebajikan, TelBru juga telah menyampaikan wakaf kepada masjid berkenaan.

    Wakaf berupa penyaman udara, satu set sofa baharu dan pembersih vakum itu telah disampaikan oleh ahli Lembaga Pengarah TelBru, Awang Ahmad Jefri bin Abdul Rahman.

    Majlis diakhiri dengan berbuka puasa beramai-ramai dan sembahyang fardu Maghrib berjemaah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda