Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Ogos – Enam orang warga Telekom Brunei Berhad (TelBru) adalah antara ratusan bakal jemaah haji negara yang akan berlepas ke tanah suci Mekah dalam minggu ini.
Sehubungan itu, sebagai persiapan perjalanan mereka, TelBru telah menghulurkan sumbangan kepada bakal-bakal jemaah haji berkenaan pada Majlis Doa Selamat bagi mendoakan agar perjalanan mereka selamat, yang berlangsung di Ibu Pejabat TelBru, di sini, hari ini. Sumbangan berupa wang tunai itu telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Maklumat TelBru, Haji Halid bin Haji Mohadi.
