TelBru atasi masalah kurang dari empat jam

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jan – Masalah kegendalaan Internet yang dialami oleh para pelanggan Telekom Brunei Berhad (TelBru) berjaya diatasi oleh pasukan juruteknik dalam masa kurang dari empat jam berikutan gangguan perkhidmatan yang bermula pada jam 9 pagi, awal tahun baru.

Sehubungan itu, pihak TelBru akan terus memantau perkhidmatannya pada Tahun Baru ini dalam meyakinkan pelanggannya bahawa mereka akan mengekalkan penjagaan kualiti terbaik dan khidmat yang boleh dipercayai untuk mencapai jangkaan pelanggan sebagai sebahagian daripada tanggungjawabnya selaku pembekal telekomunikasi utama.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi talian Khidmat Pelanggan di talian 111 atau mengunjungi mana-mana platform media sosial di mana kakitangan TelBru bersedia untuk melayani sebarang pertanyaan.